Geran Khas PRIHATIN (GKP) adalah bantuan kewangan secara one-off
berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro
yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka
yang terjejas akibat wabak COVID-19
SYARAT-SYARAT YANG DITETAPKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT;
- 1. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
2. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS)
mikro seperti berikut:
– Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada
RM300,000; dan
– Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik;
dan
3. Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019; dan
4. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat; dan
5. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian
Kewangan Malaysia.
CARA PERMOHONAN :
- Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP
(https://gkp.hasil.gov.my) yang disediakan oleh LHDNM.
Permohonan secara manual tidak akan diterima. - Berdaftar dengan agensi kerajaan (contohnya SSM dan Pihak
Berkuasa Tempatan) tetapi tidak berdaftar dengan LHDNM, masih layak memohon Geran Khas PRIHATIN.
KAEDAH BAYARAN :
- Bayaran akan dibuat terus ke akaun bank pengusaha yang layak dan dijangka bayaran akan dibuat pada bulan Mei 2020.
- Akaun tersebut adalah akaun yang didaftarkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
KAEDAH BAYARAN Jumlah nilai Geran Khas PRIHATIN adalah RM3,000 yang akan dibayar
secara one-off. - Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak. Akaun
bank mestilah aktif.
Permohonan Geran Khas PRIHATIN dibuka mulai 1 Mei 2020 hingga 15
Mei 2020.
Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan bermula pada minggu
pertama Jun 2020.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP yang disediakan oleh LHDNM.
Sila klik di sini untuk ke Portal GKP PORTAL GKP
Boleh muat turun dokumen dibawah untuk ketahui maklumat selanjutnya.
Panduan Pengguna Daftar GKP Download
Source : Jabatan Penerangan Malaysia