Skim Peka PKS peruntuk RM30 juta bantu IKS dan PKS

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri hari ini mengumumkan peruntukan RM30 juta melalui Skim Pinjaman Kelangsungan Perniagaan Pulau Pinang atau secara ringkasnya, Skim Peka PKS khas kepada usahawan-usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negeri ini.

Menurut Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Chow Kon Yeow, objektif skim tersebut adalah untuk membantu usahawan mikro serta usahawan PKS di Pulau Pinang bagi membolehkan mereka meneruskan perusahaan masing-masing dengan penyediaan pusingan modal yang terjejas dalam tempoh kesukaran ketika penularan wabak COVID-19 sehingga menyebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Realitinya, Kerajaan Negeri melihat sektor PKS dan IKS ini sebagai rakan kongsi yang sentiasa bersama-sama Kerajaan Negeri dalam membangunkan Negeri Pulau Pinang.

“Justeru, diharap menerusi Skim Peka PKS yang permohonannya mula dibuka bermula 8 April 2020 ini dapat membangunkan semula ekonomi Negeri dan negara agar kehidupan rakyat boleh kembali seperti biasa,” ujarnya pada siaran langsung menerusi laman Facebook beliau di sini tadi.

Kon Yeow dalam pada itu memberitahu bahawa semua permohonan perlu dibuat dalam talian melalui laman web www.pdc.gov.my dan tarikh tutup adalah pada 21 April 2020.

Secara ringkas, intipati Skim Peka PKS yang disediakan adalah melibatkan dua kategori iaitu untuk IKS dan PKS, iaitu:-

*Bagi IKS yang terlibat dalam sektor pembuatan, permohonan pinjaman adalah sehingga RM50,000.

*Bagi PKS yang terdiri daripada syarikat yang terlibat dalam sektor lain pula, permohonan adalah sehingga RM20 ribu.

*Skim ini ialah pinjaman tanpa faedah yang perlu dibayar kembali mengikut kaedah berikut:

  1. Pada enam (6) bulan pertama, peminjam tidak perlu membuat sebarang pembayaran balik.
  1. Pada bulan ke-7, peminjam perlu mula membuat pembayaran balik setiap bulan sehingga bulan ke-30.
  1. Sebagai insentif, rebat akan diberikan kepada peminjam yang berjaya melangsaikan pinjaman pada bulan ke-18 ataupun sebelumnya.
  1. Sekiranya pinjaman gagal diselesaikan dalam tempoh 30 bulan, penalti bayaran lewat sebanyak 8 peratus akan dikenakan.

“Memandangkan peruntukan Skim Peka PKS adalah berjumlah keseluruhan RM30 juta, maka pinjaman hanya akan diberikan kepada pemohon yang memenuhi syarat-syarat dan secara ‘first come, first serve basis’.

“Pada dasarnya, apa yang ditawarkan menerusi Skim Peka PKS merupakan simbolik komitmen Kerajaan Negeri terhadap golongan usahawan IKS dan PKS di negeri ini.

“Umumnya, golongan usahawan adalah juga diseru untuk membuat permohonan terhadap Bantuan Prihatin PKS yang diumumkan oleh Kerajaan Pusat sebelum ini,” ulasya.

Layari www.pdc.gov.my dan hubungi Bilik Gerakan Skim Peka PKS di talian 04-6340234/335/323/870/137 yang akan beroperasi mulai 8 April 2020 jam 9 pagi hingga 5 petang (tutup pada Sabtu dan Ahad) bagi maklumat lanjut.

SOURCES: https://www.buletinmutiara.com/

WEBPAGE YOU MAY REFER:

SKIM PEKA PKS: https://www.pdc.gov.my/index.php/en/skim-peka-pks

0 0 vote
Article Rating
close
Posted in Blog.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments