Program Subsidi Upah atau Wage Subsidy diperkenalkan bagi membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19.

Program ini merupakan perluasan kepada program pengekalan pekerjaan atau ERP. Melalui program ini, Kerajaan menyediakan bantuan kewangan kepada majikan yang mengalami penurunan pendapatan lebih 50% untuk mengekalkan pekerja. Amaun bantuan adalah seperti berikut:

  • RM600 bagi setiap pekerja di syarikat yang mempunyai lebih 200 pekerja. Namun terhad kepada 200 orang pekerja sahaja.
  • RM800 bagi setiap pekerja di syarikat yang mempunyai bilangan pekerja 76 hingga hingga 200 orang.
  • RM1,200 bagi setiap pekerja di syarikat yang mempunyai bilangan pekerja sehingga 75 orang.

Mungkin anda keliru di antara ERP berbanding Wage Subsidy.

Berikut penerangan dengan lebih jelas tentang perbezaan antara kedua-duanya.

  • ERP: Bantuan RM600 sebulan kepada pekerja yang bersetuju mengambil cuti tanpa gaji
  • Program Subsidi Upah: Bantuan kewangan kepada majikan supaya dapat mengekalkan pekerja

Tempoh bantuan ERP selama 3-6 bulan manakala program subsidi upah hanya untuk 3 bulan sahaja.

Syarat Kelayakan

Antara syarat kelayakan program ini adalah seperti berikut:

  1. Majikan mengalami penurunan pendapatan lebih 50% bermula Januari 2020
  2. Terhad kepada pekerja bergaji RM4,000 dan ke bawah yang mencarum dalam Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO (SIP)
  3. Majikan hendaklah tidak membuang atau mengarahkan pekerja mengambil cuti tanpa gaji dalam tempoh 3 bulan selepas program dilaksanakan
  4. Majikan tidak dibenarkan memotong gaji pekerja sedia ada

Sebagai contoh: Seseorang majikan yang telah menerima bayaran bantuan Wage Subsidy pada bulan April tidak boleh mengambil tindakan di atas semasa menerima bantuan dan 3 bulan berikutnya iaitu Mei, Jun, Julai, Ogos dan September.

Namun perlu diingatkan tidak semua layak mendapat bantuan program subsidi upah ini

Antara mereka yang tidak layak termasuklah:

  1. Majikan dan pekerja yang belum berdaftar atau mencarum denganSIP PERKESO;
  2. Pekerja yang sama yang telah mendapat bantuan kewangan ERPpada bulan yang sama;
  3. Pekerja yang bergaji bulanan melebihi RM4,000;
  4. Pekerja yang telah diberhentikan kerja;
  5. Pekerja sektor awam, badan berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan(PBT), pekerja asing dan pegawai dagang;
  6. Mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan) termasukfreelancers; dan
  7. Pekerja asing dan pegawai dagang.

Permohonan Online

Permohonan / pendaftaran boleh dibuat secara online di http://prihatin.perkeso.gov.my/

Bayaran akan dibuat terus ke akaun majikan 7-14 hari dari tarikh permohonan.

Majikan perlu sediakan beberapa dokumen berikut semasa permohonan dibuat:

  1. Senarai nama pekerja (terhad 100 orang pekerja)
  2. Maklumat Akaun Bank Majikan (muka depan sahaja)
  3. Salinan pengenalan pendaftaran bank panel majikan/MyCOID.
  4. Salinan pendaftaran SSM/ROS/ROB
  5. Akuan Pengisyitharan PSU50
  6. Bukti sokongan adalah seperti penyata kewangan atau laporan jualan yang telah disahkan oleh pihak pengurusan atau lain-lain dokumen pengisytiharan berkaitan
0 0 vote
Article Rating
close
Posted in Blog.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments