SOALAN – SOALAN LAZIM Program Subsidi Upah (Wage Subsidy)

  1. Apakah itu Wage Subsidy?
    i. Wage Subsidy merupakan langkah penambahbaikan kepada usaha
    Kerajaan untuk majikan mengekalkan pekerja.
    ii. Wage Subsidy adalah subsidi upah sebanyak RM600 sebulan kepada majikan bagi setiap pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah (terhad kepada 100 orang) untuk tempoh 3 bulan.
  2. Apakah objektif Wage Subsidy?
    i. Membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengekalkan pekerja mereka.
    ii. Mengelakkan pekerja daripada dibuang kerja dan hilang punca
    pendapatan.
  3. Bilakah Wage Subsidy mula berkuatkuasa?
    Wage Subsidy mula berkuatkuasa pada 1 April 2020.
  4. Berapa lamakah tempoh Wage Subsidy?
    Tempoh Wage Subsidy adalah selama 3 bulan.
  5. Apakah perbezaan ERP berbanding Wage Subsidy yang telah diumumkan oleh YAB PM sebelum ini?
    i. ERP adalah bantuan RM600 yang dibayar kepada pekerja melalui
    majikan mereka bagi tempoh maksimum 6 bulan. Manakala Wage
    Subsidy adalah subsidi upah sebanyak RM600 sebulan yang dibayar
    kepada majikan bagi setiap pekerja mereka (terhad kepada 100
    orang) bagi tempoh maksima 3 bulan.
    ii. ERP hanya terikat dengan notis cuti tanpa gaji yang dipersetujui oleh pekerja dan majikan. Manakala Wage Subsidy adalah satu inisiatif untuk membantu majikan meneruskan operasi dan dapat
    mengurangkan risiko majikan dari mengambil tindakan seperti
    pengurangan gaji, mengurangkan hari bekerja, menolak cuti tahunan
    pekerja atau mengambil tindakan yang lebih drastik iaitu penamatan
    perkhidmatan pekerja.
    iii. Majikan yang mengalami penurunan pendapatan lebih 50% sejak
    bulan Januari 2020.
  6. Apakah syarat kelayakan untuk menerima Wage Subsidy?
    i. Majikan dan pekerja hendaklah berdaftar atau mencarum dengan
    Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).
    ii. Majikan perlu membuat akuan pengisytiharan syarikat mengalami
    penurunan pendapatan lebih 50% dengan membandingkan jumlah
    jualan pada bulan Januari 2020 dengan bulan-bulan berikutnya.
    iii. Pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah dan ianya terhad kepada 100 orang sahaja bagi setiap majikan terbuka kepada semua sektor.
    iv. Majikan hendaklah memastikan mereka tidak membuang pekerja,
    mengarahkan pekerja mengambil cuti tanpa gaji dan memotong gaji
    sedia ada pekerja semasa menerima bantuan bagi tempoh 3 bulan
    tersebut dan 3 bulan berikutnya.
  7. Contohnya: Seseorang majikan yang telah menerima bayaran
    bantuan Wage Subsidy pada bulan April tidak boleh mengambil
    tindakan di atas semasa menerima bantuan dan 3 bulan berikutnya
    iaitu Mei, Jun, Julai, Ogos dan September.
  8. Siapakah yang tidak layak memohon Wage Subsidy?
    i. Majikan dan pekerja yang belum berdaftar atau mencarum dengan
    SIP PERKESO;
    ii. Pekerja yang sama yang telah mendapat bantuan kewangan ERP
    pada bulan yang sama;
    iii. Pekerja yang bergaji bulanan melebihi RM4,000;
    iv. Pekerja yang telah diberhentikan kerja;
    v. Pekerja sektor awam, badan berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pekerja asing dan pegawai dagang;
    vi. Mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan) termasuk freelancers; dan
    vii. Pekerja asing dan pegawai dagang.
  9. Siapakah yang layak mengemukakan permohonan Wage Subsidy?
    Hanya majikan sahaja yang layak mengemukakan permohonan.
  10. Bagaimanakah permohonan Wage Subsidy boleh dikemukakan?
    Semua permohonan perlu dikemukakan oleh majikan sahaja mulai 1 April 2020 di capaian laman sesawang prihatin.perkeso.gov.my
  11. Bagi permohonan Wage Subsidy, apakah dokumen yang diperlukan?
    Dokumen yang diperlukan untuk permohonan Wage Subsidy ialah:
    i. Senarai nama pekerja (terhad 100 orang pekerja)
    ii. Maklumat Akaun Bank Majikan (muka depan sahaja)
    iii. Salinan pengenalan pendaftaran bank panel majikan/MyCOID.
    iv. Salinan pendaftaran SSM/ROS/ROB
    v. Akuan Pengisyitharan PSU50
    vi. Bukti sokongan adalah seperti penyata kewangan atau laporan jualan yang telah disahkan oleh pihak pengurusan atau lain-lain dokumen pengisytiharan berkaitan.
  12. Bagi permohonan Wage Subsidy, adakah majikan perlu mengemukakan permohonan yang baru bagi tuntutan ke dua dan yang seterusnya?
    Majikan hanya perlu mengemukakan permohonan Wage Subsidy bagi tuntutan pertama manakala bagi tuntutan yang kedua dan yang seterusnya, majikan bertanggungjawab melaporkan sebarang perubahan pada senarai nama, perubahan kadar keuntungan, status perniagaan atau mana-mana yang berkaitan. Kegagalan majikan tidak melaporkan perubahan sekiranya ada boleh dikenakan tindakan undang-undang.
  13. Apakah tindakan majikan selepas menerima bayaran Wage Subsidy dari PERKESO?
    i. Majikan boleh mengambil bayaran bantuan Wage Subsidy yang
    diterima dari PERKESO kerana mereka telah membayar gaji penuh
    pekerja mereka sebelumnya.
    ii. Majikan diwajibkan meneruskan bayaran caruman bulanan PERKESO dan SIP berdasarkan jumlah gaji sebenar yang dibayar kepada pekerja.
  14. Saya sebagai majikan yang telah memohon ERP dan permohonan saya telah diterima sebelum ini, adakah saya boleh memohon Wage Subsidy?
    Majikan yang memenuhi syarat-syarat permohonan Wage Subsidy yang telah ditetapkan seperti di soalan 6 boleh memohon Wage Subsidy walaupun telah memohon ERP sebelum ini.
  15. Saya sebagai majikan yang telah memohon ERP pada bulan April bagi seseorang pekerja, adakah saya boleh memohon Wage Subsidy pada bulan yang sama dan untuk pekerja yang sama?
    Tidak. Majikan tidak dibenarkan memohon ERP dan Wage Subsidy pada bulan yang sama dan untuk pekerja yang sama. Walau bagaimanapun, majikan dibenarkan untuk memohon ERP dan Wage Subsidy bagi pekerja yang berlainan pada bulan yang sama dengan memenuhi syarat-syarat permohonan Wage Subsidy yang telah ditetapkan seperti di soalan.
  16. Bagaimanakah untuk menentukan kelayakan dari segi penurunan
    pendapatan lebih 50 peratus seperti yang dinyatakan di dalam syarat kelayakan Wage Subsidy?

    Majikan perlu membuat akuan pengisytiharan syarikat mengalami
    penurunan pendapatan lebih 50% dengan membandingkan jumlah
    jualan pada bulan Januari 2020 dengan bulan-bulan berikutnya beserta bukti sokongan seperti penyata kewangan atau laporan jualan yang telah disahkan oleh pihak pengurusan.
  17. Syarikat saya mempunyai pelbagai Jabatan/ Bahagian/ Cawangan/ Unit. Bolehkah saya memilih sebahagian pekerja sahaja daripada Jabatan/ Bahagian/ Cawangan/ Unit yang tertentu untuk permohonan Wage Subsidy?
    Majikan boleh membuat permohonan Wage Subsidy bagi mana-mana
    pekerja mereka bagi meneruskan operasi syarikat dan mengekalkan
    sebahagian pekerja mereka dalam tempoh yang kritikal ini dengan
    syarat bagi pekerja yang berlainan.
  18. Bagi program Wage Subsidy, sekiranya permohonan saya diluluskan oleh PERKESO, adakah saya perlu membayar gaji penuh kepada pekerja seperti biasa?
    Majikan perlu membayar gaji penuh pekerja seperti biasa mengikut syarat yang telah dinyatakan seperti di soalan 6 (iv).
  19. Jika saya tidak memohon Wage Subsidy, adakah saya boleh
    memberhentikan pekerja saya pada bila–bila masa?

    Majikan adalah tertakluk di bawah semua Peraturan dan UndangUndang Perburuhan di Malaysia seperti Akta Kerja 1955 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967.
  20. Jika saya telah mendapat Wage Subsidy pada bulan April, Mei dan Jun. Adakah saya dibenarkan memberhentikan pekerja pada bulan Julai?
    Tidak. Majikan yang menerima Wage Subsidy tidak dibenarkan
    memberhentikan pekerja semasa menerima Wage Subsidy dan tiga
    bulan setelah tamat Wage Subsidy.
  21. Adakah pekerja saya mempunyai hak untuk memohon Wage Subsidy bagi diri sendiri atau pekerja saya boleh meminta saya sebagai majikan untuk membuat permohonan Wage Subsidy?
    Tidak. Semua permohonan Wage Subsidy mestilah dibuat oleh majikan.
  22. Apakah tafsiran gaji atau pendapatan RM4,000 ke bawah yang
    dimaksudkan bagi permohonan Wage Subsidy ini?

    Tafsiran gaji atau pendapatan adalah mengikut tafsiran gaji di bawah
    Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017.
  23. Syarikat saya mengalami penurunan pendapatan lebih 50 peratus tetapi saya menggaji pekerja yang bergaji RM4,000 ke atas, adakah saya layak untuk memohon Wage Subsidy?
    Tidak. Hanya majikan yang menggajikan pekerja yang berpendapatan RM4,000 dan ke bawah sahaja layak memohon Wage Subsidy.
  24. Syarikat saya tidak mengalami penurunan pendapatan lebih 50 peratus tetapi saya menggaji pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah, adakah saya layak untuk memohon Wage Subsidy?
    Tidak. Hanya majikan yang mengalami penurunan pendapatan lebih 50% bermula 1 Januari 2020 layak memohon Wage Subsidy.
  25. Sekiranya gaji pekerja RM2,000 sebulan, bagaimanakah cara
    pelaksanaan untuk saya membayar gaji kepada pekerja saya?

    Majikan hendaklah membayar gaji pekerja seperti biasa dengan kadar yang sama (RM2,000) dan kemudian membuat permohonan Wage Subsidy kepada PERKESO. Bayaran bantuan Wage Subsidy RM600 yang diterima dari PERKESO adalah subsidi gaji kepada majikan. Senario: Majikan mempunyai pekerja bergaji RM1,800
    • Gaji sebenar pekerja RM1,800
    • Majikan perlu membayar gaji sebenar pekerja iaitu RM1,800
    • Membuat permohonan Wage Subsidy RM600 (bayaran
    bantuan Wage Subsidy RM600 yang diterima dari PERKESO
    adalah untuk majikan berkenaan)
    • Bayaran caruman PERKESO dan SIP adalah wajib
    berdasarkan gaji sebenar pekerja iaitu RM1,800
  26. Sekiranya terdapat persetujuan di antara majikan dan pekerja untuk menolak cuti tahunan, potongan gaji atau cuti tanpa gaji (CTG), adakah saya boleh memohon Wage Subsidy untuk memastikan syarikat saya dapat beroperasi?
    Tidak boleh. Rujuk syarat kelayakan seperti di Soalan 6.
  27. Bilakah Wage Subsidy akan berakhir?
    Tempoh Wage Subsidy adalah selama 3 bulan mulai tarikh permohonan dan tempoh terakhir adalah tertakluk situasi ekonomi negara yang akan diputuskan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara.
  28. Syarikat saya mempunyai pekerja warganegara Malaysia dan asing tetapi belum mendaftar dengan SIP PERKESO. Bolehkah saya mendaftar dengan SIP PERKESO dan memohon Wage Subsidy RM600 bagi pihak pekerja warganegara Malaysia sahaja?
    Majikan perlu mendaftar atau mencarum terlebih dahulu dengan SIP
    PERKESO sebelum membuat permohonan Wage Subsidy. Permohonan ini hanya layak untuk pekerja warganegara Malaysia sahaja.
  29. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pegawai Perkhidmatan? Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000 ATAU 03- 8091 5100 (mula aktif 2 April 2020) ATAU emel kepada perkeso@perkeso.gov.my
  30. Sources: PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO) 1 APRIL 2020
0 0 vote
Article Rating
close
Posted in Blog.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments