Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan pada 6 April 2020, Geran Khas Tambahan bagi PKS (Perusahaan Kecil dan sederhana serta Mikro).Pengumuman ini merupakan berita baik buat pengusaha-pengusaha industri perusahaan kecil dan sederhana yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19 di Malaysia.
SENARAI DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN
Setelah selesai berurusan dengan Pegawai BSN, sila lengkapkan borang permohonan. Anda juga dikehendaki untuk menyertakan dokumen-dokumen sokongan seperti:
- Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Salinan Kad Pengenalan semua Pengarah bagi syarikat Sdn Bhd; Pemilik Tunggal bagi syarikat Milikan Tunggal atau Enterprise ; dan Rakan Kongsi bagi syarikat PLT
- Penyata Akaun Bank Syarikat untuk 3 bulan terkini
- Lain-lain dokumen sekiranya diperluka
CARA-CARA PERMOHONAN BSN Micro i-Kredit PRIHATIN
BSN telah pun mengeluarkan panduan ringkas permohonan ini, mereka yang berminat untuk membuat permohonan hendaklah:
- Menghubungi Eksekutif Pembiayaan Perniagaan BSN yang berhampiran untuk terus mendapatkan maklumat lanjut.
- Nombor telefon Eksekutif berkenaan boleh didapati di pautan Facebook
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BSN Micro i-Kredit PRIHATIN
BSN telah menetapkan beberapa syarat kelayakan dan kriteria untuk mohon bantuan PKS Prihatin BSN Micro/i Kredit. Antaranya adalah:
- Usahawan mikro yang perniagaan dijalankan terjejas akibat wabak COVID-19 (Terbuka kepada semua sektor perniagaan)
- Perusahaan Mikro – Milikan Tunggal / Perkongsian / Syarikat Sdn. Bhd
- Perniagaan dimiliki oleh Warganegara Malaysia
- Perniagaan dijalankan secara sepenuh atau separuh masa
- Perniagaan telah beroperasi selama tidak kurang daripada 6 bulan
Source: BSN
0
0
vote
Article Rating